Biografi Karel Čapek

Awal hidup

Karel lahir pada tahun 1890 di Malé Svatoňovice, sebuah desa terletak di pergunungan Bohemia; beliau anak bongsu dari tiga adik-beradik. Ayahnya Antonín Čapek bekerja sebagai doktor untuk suatu kilang tekstil,[6] malah beliau juga penaung muzium dan ahli majlis perbandaran kampung mereka.[7] Ibunya, Božena Čapková, seorang suri rumah;[6] dia tidk menggemari kehidupan di perkampungan dan mengalami kemurungan jangka panjang.[7] Karel sangat dekatnya dengan abangnya Josef di mana mereka sering meluangkan masa menulis bersama sepanjang masa dewasanya.[8]

Čapek menjadi terpikat dengan seni visual pada masa remajanya, khususnya kepada kubisme. Dia belajar di Praha di Universiti Karlova dan di Sorbonne, Paris.[9]

Kerjaya penulisan

Karel dilepaskan dari kerahan wajib kerana penghidapan masalah tulang belakang, beliau mengharungi kegentingan Perang Dunia Pertama dari Praha. Pandangan politiknya sangat dipengaruhi oleh kondisi perang, dan sebagai jurnalis muda dia mulai menulis topik seperti nasionalisme dan totalitarianisme. Melalui lingkaran sosial, penulis muda ini mengembangkan hubungan dekat dengan banyak pemimpin politik negara Czechoslovakia yang baru lahir. Ini termasuk Tomáš Garrigue Masaryk dan anak lelakinya Jan, yang kemudian menjadi presiden dan setiausaha luar negeri Czechoslovakia.

Upaya awalnya di bidang cereka kebanyakan adalah pertunjukan yang ditulisnya bersama dengan saudaranya Josef. Keberhasilan Čapek yang pertama secara adalah R.U.R., sebuah karya distopia tentang hari buruk di sebuah kilang yang diisi dengan makhluk ciptaan berupa manusia; pementasan ini menjadi sangat dikenali dan telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1922, dan telah ditampilkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat tahun 1923. Čapek mengerjakan banyak genre tulisan, memproduksi baik cereka mahupun bukan cereka, tetapi pekerjaan utamanya adalah sebagai wartawan.

Pada tahun 1030-an, pekerjaan Čapek berpusat kepada ancaman brutal kediktatoran sosialis nasional dan fasis. Tahun-tahun paling produktifnya adalah pada masa Republik Czechoslovakia Pertama (1918-1938). Dia menulis percakapan dengan T. G. Masaryk[10] mengenai pertemuannya dengan Presiden tersebut yang sering mengunjunginya pada hujung minggu - Čapek juga merupakan anggota dari jaringan politik intelektual Masaryk iaitu Hrad. Hubungan luar biasa antara penulis dan pemimpin politik ini tergolong unik. Dia juga menjadi anggota PEN Internasional, dan menjadi presiden pertama dari Pen Club Czechoslovakia.

Senja hidup

Segera setelah tahun 1938 menjadi jelas bahwa sekutu barat (Prancis, Britania Raya) telah gagal memenuhi perjanjian, dan gagal mempertahankan Czechoslovakia melawan Adolf Hitler. Karel Čapek enggan meninggalkan negaranya meskipun pihak Gestapo Nazi telah menyasarkan dan menjuluki beliau sebagai "musuh masyarakat nombor dua" di Czechoslovakia.

Karel meninggal karena pneumonia pada tanggal 25 Desember 1938, tidak lama setelah Czechoslovakia ditakluk rejim Nazi berikutan termeterainya Perjanjian Munich; beliau dikebumikn di Pemakaman Vyšehrad, Praha. Abangnya Josef Čapek, seorang pelukis dan penulis, meninggal dalam tahanan Bergen-Belsen tidak lama selepas diberkas atas dakwaan menempelak pemerintahan Hitler.

Rujukan

WikiPedia: Karel Čapek http://www.karelcapek.com/ http://www.litencyc.com/php/speople.php?rec=true&U... http://zena-in.cz/clanek/bozena-capkova-sberatelka... http://cscs.umich.edu/~crshalizi/notebooks/capek.h... http://journalism.uoregon.edu/~russial/cyberj/pris... //archive.org/search.php?query=((subject:%22%C4%8C... http://www.gutenberg.org/author/4823 http://www.literarylondon.org/london-journal/septe... http://www.ekniznica.sk/kniha/capek_karel_valka_s_... https://ebooks.adelaide.edu.au/c/capek/karel/